TARIKH : 11 JUN 2026
MASA : 4.30 PM
TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN
Program Animasi dalam Python Siri 3 bertujuan memperkenalkan peserta kepada penghasilan animasi menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta mempelajari cara mencipta pergerakan objek, menggunakan kod pengaturcaraan dan membangunkan animasi yang menarik. Program ini membantu meningkatkan kemahiran pemikiran logik, kreativiti serta keupayaan menyelesaikan masalah. Selain itu, peserta turut memperoleh pengalaman praktikal dalam bidang pengaturcaraan dan teknologi digital. Secara keseluruhannya, program ini berjaya menarik minat peserta untuk meneroka dunia pengaturcaraan dan pembangunan animasi dengan lebih mendalam.





