mcmc
Maklumat Am

PROGRAM TERAWIH DAN CERAMAH PERDANA

 

 

Pada 20hb Mei 2019 yang lepas telah diadakan Program Terawih Dan Ceramah Perdana Bersama Motivator Samsul Debat di Masjid Daerah Simunjan. Ceramah diadakan selepas solat terawih telah berlangsung selama kira-kira satu jam. Tajuk ceramah pada malam tersebut ialah “Bulan Ramadhan Bonus Berganda” menghuraikan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Penduduk-penduduk Daerah Simunjan telah hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis ilmu yang telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Daerah Simunjan.