📅 Tarikh: 5-6 Disember 2025
📍 Lokasi: RH. Suni Anak Liam, Kg. Keniong Jaya, Gedong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Kuching yang diwakili oleh NADI Kluster Simunjan Asajaya telah menyertai Program Randau Pembangunan Sosial anjuran Kementerian Pembangunan Keluarga Wanita dan Kanak-Kanak yang berlangsung di Kampung Keniong, Gedong. Program ini menyasarkan pelbagai kumpulan komuniti termasuk kanak-kanak, remaja, belia, warga emas serta ketua-ketua masyarakat setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pn. Rodiyah binti Sapiee, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong, diiringi Yang Berbahagia Dato Sri Haji
Mohd Naroden Bin Haji Majais, Penasihat PKS ( Perusahaan Kecil dan Sederhana) Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED).
Dalam program ini, pihak NADI Kluster Simunjan Asajaya telah melaksanakan Kuiz Kempen Internet Selamat dan spin of wheel yang terdiri daripada 103 orang peserta dgn pecahan peserta seperi berikut :
- Pelajar Sekolah Rendah : 5 orang.
- Dewasa : 98 orang
Selain itu, pihak NADI Kluster Simunjan Asajaya telah melaksanakan pendaftaran MyDigital ID, Saringan Kesihatan dan pendaftaran ahli baru NADI.





