mcmc
GaleriGaleri FotoJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

MAHIR MASAK : PENYEDIAAN TAPAK & SOS PIZZA

TARIKH : 11 FEBRUARY 2026

MASA : 9.30 AM

TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN

Topik “Penyertaan Tapak & Sos Pizza” memberi pendedahan kepada peserta Mahir Masak tentang asas penting dalam penyediaan pizza yang berkualiti. Dalam sesi ini, peserta akan mempelajari cara menyediakan tapak pizza yang lembut di dalam dan rangup di luar dengan teknik bancuhan doh yang betul, proses menguli serta tempoh perapan yang sesuai.

Selain itu, peserta juga akan diajar cara menyediakan sos pizza yang seimbang dari segi rasa masam, manis dan berempah menggunakan bahan seperti tomato, bawang putih dan herba. Penekanan turut diberikan kepada teknik menyapu sos dengan kemas agar pizza tidak terlalu basah atau terlalu kering.

Melalui penyertaan ini, peserta bukan sahaja meningkatkan kemahiran memasak, malah dapat menambah nilai untuk dijadikan produk jualan atau menu tambahan dalam perniagaan makanan mereka.