TARIKH : 16 JANUARI 2026
MASA : 3.00 PM – 4.30 PM
TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN
Program ini dimulakan dengan pengenalan Sistem MTS bagi memberi kefahaman kepada peserta tentang fungsi dan kegunaannya sebagai platform pengurusan latihan. Peserta diterangkan cara mengakses sistem serta peranan MTS dalam merekod maklumat dan kehadiran secara sistematik. Seterusnya, peserta dibimbing mengenai cara menukar kata laluan bagi memastikan keselamatan akaun dan data peribadi sentiasa terpelihara. Akhir sekali, peserta diajar cara mengambil kehadiran menggunakan Sistem MTS dengan betul bagi memastikan rekod kehadiran adalah tepat dan teratur.


