mcmc
Aktiviti SemasaGaleriGaleri FotoJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

KOMUNITI MADANI NADI SIMUNJAN

TARIKH : 19/03/2025

MASA : 10:00 AM – 12:00 PM

TEMPAT: PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) SIMUNJAN

Objektif Perjumpaan

Perjumpaan ini diadakan bagi memperkenalkan penubuhan Komuniti Madani di kawasan NADI Simunjan serta membincangkan peranan, matlamat, dan hala tuju komuniti ini dalam menyokong pembangunan setempat sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.

2. Aturcara Ringkas

  • Ucapan alu-aluan oleh wakil Pihak JAPEN dan Pengurus NADI Simunjan
  • Pengenalan konsep Komuniti Madani
  • Perbincangan bersama komuniti tentang hala tuju dan penglibatan
  • Cadangan aktiviti awal komuniti
  • Sesi soal jawab
  • Penutupan dan jamuan ringan

Intipati Perbincangan

Antara isi penting yang telah dibincangkan ialah:

  • Objektif utama Komuniti Madani:
    • Memperkasa komuniti melalui aktiviti pendidikan, keusahawanan, sosial dan kebajikan.
    • Menyokong usaha kerajaan membangunkan komuniti berdaya saing.
    • Menggalakkan penglibatan aktif belia dan penduduk setempat.
  • Cadangan aktiviti jangka pendek:
    • Program gotong-royong komuniti
    • Bengkel kemahiran asas (contoh: keusahawanan, ICT, kreativiti)
    • Jaringan kerjasama dengan agensi luar
    • Lawatan komuniti & perkongsian ilmu
  • Perjumpaan pertama ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan positif dari komuniti. Semua pihak bersetuju untuk memberikan komitmen dan sokongan bagi memastikan Komuniti Madani dan NADI Simunjan menjadi platform yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan.