TARIKH : 08 MEI 2026
MASA : 02.30 PM
TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN
Taklimat Laman Web Berbahaya
Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam tentang risiko melayari laman web berbahaya yang boleh menyebabkan penipuan, kecurian maklumat peribadi, dan serangan virus. Peserta akan didedahkan dengan cara mengenal pasti laman web yang tidak selamat serta langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan internet bagi melindungi data dan akaun peribadi.


