TARIKH : 09 FEBRUARY 2026
MASA : 3.15 PM
TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN
Buli siber ialah perbuatan mengganggu, memalukan atau menyakiti orang lain melalui media sosial, mesej, permainan dalam talian atau platform digital. Ia boleh memberi kesan serius seperti tekanan emosi, hilang keyakinan diri dan masalah kesihatan mental. Remaja perlu bijak menggunakan teknologi, berfikir sebelum memuat naik atau berkongsi sesuatu, serta berani melaporkan buli siber kepada pihak yang dipercayai agar persekitaran digital kekal selamat dan beretika.



