mcmc
Aktiviti SemasaGaleriGaleri FotoJadual AktivitiJadual Latihan & AktivitiLaporan AktivitiPendidikan

Guidance Tuition & Open Tuition Tingkatan 4

TARIKH : 5 JANUARI 2026

MASA : 3.30 PM – 4.30 PM

TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN

NADI Simunjan telah melaksanakan Program Guidance Tuition dan Open Tuition bagi pelajar Tingkatan 4 sebagai usaha berterusan dalam menyokong pembelajaran serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam komuniti setempat.

Program ini memberi peluang kepada pelajar mendapatkan bimbingan tambahan dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan mesra komuniti, di samping membantu ibu bapa memastikan anak-anak menerima sokongan pembelajaran yang konsisten. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen NADI Simunjan dalam menyediakan akses pendidikan yang inklusif dan memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.