TARIKH : 17 JANUARI 2026
MASA : 2.30 PM – 3.30 PM
TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN
Pelajar yang menyertai Open Tuisyen Sejarah telah mempelajari kandungan Bab 1 dan Bab 2 dengan lebih berfokus dan tersusun. Dalam Bab 1, pelajar didedahkan kepada pengenalan ilmu sejarah, maksud sejarah serta kepentingan mempelajari sejarah dalam membentuk jati diri dan semangat patriotisme. Pelajar juga memahami konsep masa lalu serta kaedah sejarawan mengkaji peristiwa sejarah melalui sumber primer dan sekunder.
Seterusnya, Bab 2 memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan awal kehidupan manusia dan latar belakang sejarah awal di Tanah Melayu. Pelajar dapat mengenal pasti ciri-ciri kehidupan masyarakat awal, cara hidup serta perubahan yang berlaku dari segi sosial dan ekonomi. Melalui sesi tuisyen ini, pelajar lebih mudah memahami isi pembelajaran, meningkatkan kefahaman fakta sejarah dan bersedia menghadapi pembelajaran di dalam kelas dengan lebih yakin.


