mcmc
GaleriGaleri FotoJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

CYBERSECURITY : SELAMATKAH TELEFON ANDA DARI ANCAMAN?

TARIKH : 22/08/2025

MASA : 3.00 PM


Berikut ialah kelebihan penganjuran webinar bertajuk “Selamatkah Telefon Anda daripada Ancaman?”

  1. Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Digital
    Peserta lebih peka terhadap risiko ancaman seperti malware, phishing, scam SMS, aplikasi palsu dan “phone tapping”.
  2. Ilmu Pencegahan Ancaman Siber
    Memberi panduan langkah-langkah asas melindungi telefon pintar seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, kemas kini sistem, serta semakan permission aplikasi.
  3. Pendedahan Realiti Kes Harian
    Peserta dapat melihat contoh-contoh serangan yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian agar lebih berhati-hati.
  4. Kemahiran Praktikal
    Webinar memberi tunjuk ajar cara mengenal pasti mesej, link atau aplikasi mencurigakan serta bagaimana cara melaporkan ancaman.
  5. Akses Mudah & Interaktif
    Peserta boleh mengikuti webinar secara atas talian tanpa mengira lokasi, serta boleh bertanya soalan secara terus kepada penceramah.
  6. Menyokong Amalan Penggunaan Telefon Pintar yang Selamat
    Membantu peserta mengaplikasikan amalan keselamatan supaya data peribadi, akaun media sosial dan kewangan digital lebih terjamin.
  7. Pendedahan Teknologi Terkini
    Peserta mendapat maklumat tentang trend ancaman siber terbaru dan kaedah keselamatan terkini untuk melindungi diri.