TARIKH : 22/03/2025
MASA : 08:00 AM- 04:00 PM
TEMPAT: PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) SIMUNJAN
ANJURAN : NADI SIMUNJAN DAN KERJASAMA USAHAWAN TEMPATAN DAN KOMUNITI
Objektif Program
Bazar Raya ini dianjurkan bertujuan:
- Memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri.
- Menyediakan platform kepada komuniti setempat mendapatkan keperluan hari raya dengan harga berpatutan.
- Meningkatkan keaktifan komuniti dalam memanfaatkan kemudahan NADI Simunjan.
- Menggalakkan semangat keusahawanan dan jalinan silaturahim dalam kalangan penduduk.
Aktiviti Utama
Antara jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang program:
- Jualan Baju Melayu (Elrah Exclusive)
- Pelbagai koleksi Baju Melayu Elrah dengan harga promosi.
- Halus Manis
- Makanan Halus Manis yang menjadi pilihan musim perayaan.
- Minyak Wangi & Aksesori
- Pelbagai jenis minyak wangi, pewangi kereta, dan aksesori raya.
- Biskut Raya & Kuih-muih
- Biskut raya tradisional dan moden dijual oleh usahawan tempatan.
- Servis Gunting Rambut
- Perkhidmatan gunting rambut khas untuk lelaki dan kanak-kanak menjelang raya.
Kehadiran & Sambutan
Program ini telah mendapat sambutan baik daripada:
- Penduduk sekitar Simunjan
- Golongan belia
Penganjuran Bazar Raya Mini ini berjaya mencapai objektif yang dirancang dengan sokongan semua pihak termasuk komuniti dan usahawan.




