TARIKH : 11 MEI 2026
MASA : 03.30 PM
TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN
Open Tuition Sejarah Tingkatan 4 – Topik 6 & 7
Topik 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
Pelajar mempelajari tentang ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap keamanan negara selepas Perang Dunia Kedua. Topik ini turut menerangkan langkah kerajaan menangani ancaman komunis melalui Perisytiharan Darurat, kerjasama rakyat, serta usaha memulihkan keamanan demi kestabilan negara.
Topik 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan
Topik ini membincangkan perjuangan tokoh-tokoh tempatan dan kerjasama pelbagai kaum dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Pelajar juga memahami proses rundingan, pembentukan parti politik, dan pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957 yang menjadi titik penting dalam sejarah negara.


