TARIKH : 06 MEI 2026
MASA : 09.30 AM
TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN
Kelas mahir masak bagi topik penyediaan makanan barat memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik asas memasak seperti menggoreng, membakar dan menyediakan sos. Pelajar juga belajar mengenali bahan-bahan utama dalam masakan barat seperti pasta, daging, keju dan herba.
Melalui kelas ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran praktikal di dapur, memahami langkah penyediaan makanan dengan betul serta menghasilkan hidangan seperti pasta, burger atau chicken chop dengan lebih yakin. Selain itu, ia turut memupuk kreativiti, kebersihan dan keselamatan semasa memasak.


