TARIKH : 04 FEBRUARY 2026
MASA : 9.30 AM
TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN
Program Mahir Masak pembuatan soft cookies secara fizikal memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik penyediaan kuih secara langsung dan praktikal. Peserta dibimbing langkah demi langkah bermula daripada penyediaan bahan, cara mengadun adunan sehingga proses membakar yang betul bagi menghasilkan biskut yang lembut dan enak.
Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran memasak, keyakinan diri serta kreativiti dalam menghasilkan produk berkualiti. Selain itu, ilmu yang diperoleh boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan sampingan. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, malah membantu melahirkan usahawan makanan yang berdaya saing.




