mcmc
GaleriGaleri FotoJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

KIS : TAKLIMAT PENGASUHAN DIGITAL

TARIKH : 18 JANUARI 2026

MASA : 3.15 PM – 4.15 PM

TEMPAT : NADI PEJABAT DAERAH LAMA SIMUNJAN

Pelajar yang menyertai Taklimat Pengasuhan Digital di NADI telah mendapat pendedahan tentang penggunaan teknologi dan internet secara selamat serta beretika. Melalui taklimat ini, pelajar didedahkan kepada kepentingan menjaga keselamatan diri di alam siber, termasuk melindungi maklumat peribadi dan mengelakkan ancaman seperti penipuan dalam talian serta buli siber.

Selain itu, pelajar turut mempelajari cara mengurus masa penggunaan gajet dengan bijak serta mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial. Taklimat ini membantu pelajar membina kesedaran digital, meningkatkan disiplin diri dan membentuk tingkah laku positif agar dapat menggunakan teknologi secara berfaedah dalam kehidupan seharian dan pembelajaran.