mcmc
Aktiviti SemasaGaleriGaleri FotoJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

BAZAR RAYA NADI SIMUNJAN 2025

TARIKH : 22/03/2025

MASA : 08:00 AM- 04:00 PM

TEMPAT: PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) SIMUNJAN

ANJURAN : NADI SIMUNJAN DAN KERJASAMA USAHAWAN TEMPATAN DAN KOMUNITI

Objektif Program

Bazar Raya ini dianjurkan bertujuan:

  • Memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri.
  • Menyediakan platform kepada komuniti setempat mendapatkan keperluan hari raya dengan harga berpatutan.
  • Meningkatkan keaktifan komuniti dalam memanfaatkan kemudahan NADI Simunjan.
  • Menggalakkan semangat keusahawanan dan jalinan silaturahim dalam kalangan penduduk.

Aktiviti Utama

Antara jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang program:

  1. Jualan Baju Melayu (Elrah Exclusive)
    • Pelbagai koleksi Baju Melayu Elrah dengan harga promosi.
  2. Halus Manis
    • Makanan Halus Manis yang menjadi pilihan musim perayaan.
  3. Minyak Wangi & Aksesori
    • Pelbagai jenis minyak wangi, pewangi kereta, dan aksesori raya.
  4. Biskut Raya & Kuih-muih
    • Biskut raya tradisional dan moden dijual oleh usahawan tempatan.
  5. Servis Gunting Rambut
    • Perkhidmatan gunting rambut khas untuk lelaki dan kanak-kanak menjelang raya.

Kehadiran & Sambutan

Program ini telah mendapat sambutan baik daripada:

  • Penduduk sekitar Simunjan
  • Golongan belia

Penganjuran Bazar Raya Mini ini berjaya mencapai objektif yang dirancang dengan sokongan semua pihak termasuk komuniti dan usahawan.